SUMBAK

Inilah akibatnya terlalu lama cuti kerja.. tekanan jiwa melanda.. duduk rumah pun tak tahu nak buat apa.. malah disiplin semakin rosak, bangun tido tengahari..  makan tido, makan tido, makan tido.. malam malam jadi Keluang Man...

MENGEJAR BAYANGAN

Dah dua minggu aku memburu merpati putih.. pelbagai senjata dan jerangkap samar aku gunakan.. tapi hasilnya hampa.. merpati yang aku buru kali ini bukan saja liar, siap ada ilmu kalis peluru.. agak unik sikit berbanding dengan merpati yang telah aku miliki sebelum ini..

Biasanya aku ini penyabar.. tapi tiba tiba hari ini rasa macam tawar hati untuk pergi memburu.. aku angkat bendera putih tanda surrender.. bukan apa, takut sangat sia sia dan kecewa.. 

Tapi takpe, akan aku cuba lagi, tapi bukan masa ini.. 

Selagi merpati ini tidak bertuan selagi itu aku akan mendekati sarangnya yang hanya berhampiran port harian aku.. 

Pada masa yang sama.. ada seekor merpati dari benua lain bertandang ke kawasan aku tanpa segan silu berlegar legar tanda buat ayu di depan aku dan bertanya pada aku "takde facebook ker" kah kah kah..